ARTIKEL

Suami dipenjara 13 bulan ugut bunuh, tumbuk isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang suami dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengugut membunuh dan mencederakan isterinya yang tidak bersalam dengannya sebelum pergi bekerja.

Muhammad Zaidi, 36, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengeluarkan kata-kata hendak membunuh isterinya yang berusia 23 tahun dengan mengacukan sebilah pisau.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menumbuk dan menghentak muka mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah bilik sewa di Bandar Baru Samariang pada sekitar jam 12.30 tengah hari, 5 Oktober lalu.

Nuriena menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dikenakan penjara tiga bulan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara berturut-turut.

Menurut fakta kes, hasil siasatan mendedahkan bahawa mereka ialah pasangan suami isteri.

Pada hari kejadian, tertuduh bertanya ke mana isterinya hendak pergi dan mangsa memberitahu hendak pergi bekerja.

Difahamkan, tertuduh berang kerana isterinya tidak bersalam sebelum pergi bekerja, lalu membaling cerek elektrik dan botol minuman plastik ke arah isterinya.

Selain itu, dia turut menumbuk dan menghentak muka mangsa menggunakan lutut.

Tertuduh juga mengacukan sebilah pisau sambil mengeluarkan kata-kata hendak membunuh isterinya.

Mangsa yang ketakutan dan berasa terancam lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh ditangkap polis pada 19 Oktober lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bintulu sasar kekang Samarahan di Asajaya

KUCHING: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang mengakui pasukannya berdepan tugas mencabar dalam aksi separuh akhir pertama menentang Samarahan di Kompleks Sukan Asajaya petang esok