ARTIKEL

Suami isteri terperangkap banjir di Sibu Jaya, diselamatkan bomba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam banjir di Jalan Kong Yit Khim Salem, Sibu Jaya, pagi ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba dalam operasi menyelamat yang dijalankan kira-kira pukul 7.55 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, paras air di kawasan berkenaan dianggarkan melebihi satu kaki sehingga laluan itu hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda (4×4).

Susulan kejadian itu, lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi dengan sebuah jentera Triton.

Pasukan bomba tiba pada pukul 8.14 pagi sebelum menjalankan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa daripada kenderaan berkenaan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi dikawal pada pukul 8.26 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.36 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan terkawal dan tiada tindakan lanjut diperlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU