ARTIKEL

SUSPEK dibawa ke Balai Polis Saratok untuk proses selanjutnya.

Subkontraktor ditahan, disyaki seleweng gaji pekerja RM44,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Polis Saratok menahan seorang lelaki berusia 44 tahun di sini lewat petang semalam kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah membabitkan penyelewengan wang gaji pekerja berjumlah RM44,000.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek yang merupakan seorang subkontraktor projek disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan berhubung kes pecah amanah yang dilaporkan berlaku di Kabong.

Menurutnya, suspek ditahan kira-kira jam 7.23 petang Rabu oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok di sebuah restoran berhampiran Jalan Masjid Lama, Sarikei.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah menyeleweng wang berjumlah RM44,000 sehingga menyebabkan gaji pekerja tidak dibayar selama tiga bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek merupakan lelaki tempatan.

Dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan satu lagi kes pecah amanah yang dilaporkan berlaku di Kabong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU