Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Subsidi telefon pintar untuk keluarga B40 dinaikkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah baik subsidi pembelian telefon pintar di bawah Program Jaringan Prihatin dengan pemberian RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dalam usaha merapatkan jurang digital golongan B40, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata peruntukan bagi Program Jaringan Prihatin juga ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada Mei ini.

“Saya menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej Internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan,” katanya dalam pengumuman khas berkenaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion.

Perkara itu merupakan antara 20 inisiatif strategik di bawah Pemerkasa dan terletak di bawah inisiatif ‘Mengurangkan Jurang Digital’.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180 kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam Belanjawan 2021.

Menurutnya, rangka kerja MyDigital dan Ekonomi Digital Malaysia telah menggariskan perkhidmatan 5G komersial sebagai keperluan terpenting, justeru perkhidmatan 5G dijangka beroperasi secara berperingkat mulai penghujung tahun ini.

Baca lain  Bajet Sarawak 2021: Pertanian pintar menjadi agresif

Katanya, kualiti perkhidmatan jalur lebar terutamanya di luar bandar akan turut ditingkatkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan RM3.2 bilion untuk tahun ini di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis berkaitan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mac 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru