ARTIKEL

Abdul Rahman (tengah) ketika sidang media berlangsung

SUF 2.0 dijangka himpun 1,000 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0 yang bakal berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober depan dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai sektor untuk membincangkan agenda pembangunan bandar yang mampan, pintar, inklusif dan berdaya tahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Penyelaras Projek Untuk Agensi Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata forum itu akan menghimpunkan pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta, institusi akademik, pakar industri dan pelbagai pihak berkepentingan.

Jelasnya, bagi memperkukuh perkongsian ilmu dan kerjasama serantau, SUF 2.0 turut menampilkan barisan panel terkemuka yang dijemput dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia.

“Penganjuran SUF 2.0, bertujuan untuk menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan bandar; serta memperkukuh kerjasama strategik ke arah bandar yang mampan, pintar, inklusif dan berdaya tahan.

“Ia juga termasuk membincangkan penyelesaian cabaran urbanisasi dan perubahan global termasuk perubahan cuaca yang sedang berlaku di dunia termasuk di Sarawak,” katanya pada sidang media sempena penganjuran SUF 2.0 di Hotel Waterfront Kuching, di sini, hari ini.

Forum yang kembali dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selepas kejayaan penganjuran sulung pada 2024 itu membawa tema ‘Future-Ready Cities: Building Resilient Futures – Collaborate, Adapt, Thrive’ yang menekankan kepentingan kerjasama, keupayaan menyesuaikan diri dan daya tahan dalam membentuk bandar masa hadapan.

Mengulas lanjut, beliau menambah, SUF 2.0 turut menyaksikan pelancaran Pelan Induk Rendah Karbon Kuching (Kuching Low Carbon Master Plan) serta beberapa projek strategik iaitu Unity Park, Bamboo Garden di Kuching Civic Centre dan Kuching Park Connector.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu