ARTIKEL

RASMI... Abang Johari disaksikan yang lain merasmikan Sarawak Urban Forum 2.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange, Kuching.

SUF 2.0 perkukuh pembangunan bandar mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sarawak terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan bandar yang mampan, inklusif dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran masa depan menerusi penganjuran Sarawak Urban Forum (SUF) 2.0.

Forum bertemakan Future-Ready Cities: Building Resilient Futures – Collaborate, Adapt, Thrive itu turut menekankan kepentingan peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat dalam memastikan pembangunan bandar memenuhi keperluan rakyat.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC) itu dirasmikan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, Abang Johari menekankan perancangan pembangunan bandar perlu mengambil kira perubahan teknologi, perkembangan pembangunan serta keperluan masyarakat bagi tempoh 20 tahun akan datang dan seterusnya.

Sehubungan itu, beliau mahu PBT terus memperkukuh keupayaan merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan bandar secara cekap serta responsif terhadap keperluan rakyat.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Kuching (KLCCM30) sebagai langkah strategik DBKU ke arah pembangunan bandar rendah karbon yang mampan dan berdaya tahan.

Pelan induk yang dibangunkan menerusi kerjasama DBKU dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu menyokong hala tuju Pelan Hala Tuju Rendah Karbon Sarawak serta aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

Selain itu, dua Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai antara DBKU dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Business Events Sarawak (BESarawak) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi berkenaan.

DBKU diwakili Pengerahnya, Ramzi Abdillah, manakala MYSA diwakili Azlikamil Napiah dan BESarawak oleh Jason Tan Chin Foo.

Dalam majlis yang sama, DBKU turut menerima sijil pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersempena penyertaan Kuching Utara dalam Rangkaian Global Bandar dan Komuniti Mesra Warga Emas (Global Network for Age-friendly Cities and Communities).

Sijil berkenaan disampaikan oleh Dr. Deepa Gamage kepada Ramzi sebagai pengiktirafan terhadap usaha DBKU membangunkan persekitaran bandar yang lebih inklusif dan mesra warga emas.

Penganjuran SUF 2.0 diharap menjadi platform memperkukuh kerjasama pelbagai pihak memperkasakan peranan PBT sebagai penggerak pembangunan bandar yang inovatif, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir ialah Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) merangkap Penasihat SUF 2.0, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

BERITA LAIN

Bukan sekadar berkarya

Budaya warisan yang perlu dihidupkan Ahli persatuan penulis turut berperanan mendokumentasikan, memelihara dan memperkenalkan budaya negara. Dalam masyarakat yang berubah pantas, sebahagian amalan tradisional berisiko

Hobi gubah hamper buka rezeki

Bermula dengan percubaan menghasilkan hamper untuk mengisi masa lapang, minat seorang wanita terhadap seni gubahan itu kini mendorongnya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan yang mendapat sambutan menggalakkan.

BERITA TERBARU

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan