Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya, 2026 (AINAGOC) di Jepun meluluskan cadangan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang mahu lapan pingat emas ditawarkan bagi acara sepak takraw pada temasya sukan tersebut.
Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata, lapan pingat emas ditawarkan itu merangkumi empat acara kategori lelaki (regu berpasukan, antara regu, beregu dan kuadran/berempat), tiga kategori wanita (regu berpasukan, beregu dan kuadran) dan kuadran campuran yang merupakan acara baharu di Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung dari 19 Sept-4 Okt.
Jelasnya, lapan pingat emas yang ditawarkan ini sudah disahkan dan hanya memerlukan sokongan Majlis Olimpik Asia (OCA) pada mesyuaratnya dalam tiga bulan akan datang.



