ARTIKEL

Pang bersama Yakup menyampaikan hadiah kepada Joshua Lim Xhi Xing yang menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA).

Sukan golf bentuk sahsiah generasi muda tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA) bukan sekadar pertandingan tahunan, malah dilihat sebagai pemangkin utama dalam pembangunan sukan golf tempatan dan pencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda Bintulu.

Acara berprestij yang berlangsung selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Julai di Kelab Golf Bintulu itu menghimpunkan ratusan pemain dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang, memperlihatkan peningkatan minat terhadap sukan golf sebagai platform rekreasi, pembangunan sahsiah dan pencapaian sukan berprestasi tinggi.

Pang menyampaikan hadiah kepada Prie Nyangan yang mengungguli kategori Nett VIP pada Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA).

Presiden Kelab Golf Bintulu, Johnny Pang Leong Ming menyifatkan kejohanan ini sebagai simbol komitmen jangka panjang kelab tersebut dalam melahirkan pemain berpotensi dan memartabatkan golf sebagai sukan arus perdana di Bintulu.

“Golf mengajar disiplin, kesabaran dan ketekunan yang mana nilai-nilai ini amat penting dalam membentuk peribadi yang cemerlang, sama ada di dalam atau luar padang.

“Dengan penyertaan yang semakin meningkat saban tahun, kita lihat potensi besar dalam kalangan anak muda Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bintulu ke-30 (Piala Cabaran BDA) di kelab tersebut pada Ahad.

Beliau turut memuji inisiatif kelab dan pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam mengangkat sukan golf sebagai aset pembangunan komuniti dan pelancongan.

“Sukan golf kini bukan lagi sukan elit, tetapi terbuka kepada semua. Dengan kemudahan yang ditambah baik dan kejohanan yang konsisten seperti ini, kita membuka ruang kepada lebih ramai belia Bintulu untuk menyertai dan berkembang dalam bidang ini,” ujar beliau.

Menurut ADUN Tanjong Batu itu lagi, pelaburan dalam pembangunan sukan akan memberi pulangan jangka panjang dari segi pembangunan insan, ekonomi tempatan serta pengukuhan identiti Bintulu sebagai destinasi sukan dan rekreasi berdaya saing.

“Dengan fasiliti yang lebih moden, kita akan lebih bersedia untuk melahirkan bakat seperti Ashley Lau, yang berjaya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Hadir sama, Pengurus Besar BDA, Datuk Muhammad Yakup Kari.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Papan pintar RM10,000 untuk komuniti Sikh Kuching

KUCHING: Komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Kuching bakal menerima sumbangan papan pintar interaktif bernilai kira-kira RM10,000 daripada Kerajaan Sarawak bagi memperluas akses pembelajaran digital dalam