ARTIKEL

Sukan Para Asean: 13 atlet Sarawak wakili Malaysia, sasar 13 pingat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk memenangi sebanyak 13 pingat pada Temasya Sukan Para Asean ke-12 yang bakal berlangsung di Kemboja pada 3 hingga 9 Jun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, ia merangkumi sebanyak enam pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa.

“Sebanyak 13 atlet orang kelainan upaya (OKU) dari Sarawak bakal mewakili Malaysia ke saingan berpestij tersebut dengan menyertai lima kategori pertandingan termasuk powerlifting, boccia, badminton, renang dan catur.

“Malah saya juga telah dijemput oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin untuk hadir ke temasya terbabit bagi memberi sokongan kepada atlet kita,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, beliau dan timbalannya Mohamad Razi Sitam dijemput untuk mengadakan lawatan dan menghadiri majlis penutup pada 7 hingga 10 Jun ini di Kemboja.

“Kekuatan atlet paralimpik Sarawak untuk temasya kali adalah dalam acara ‘powerlifting’ dengan tiga emas dan dua gangsa telah disasarkan,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu