ARTIKEL

BANGGA....Bonnie Bunyau Gustin bersama pingat emas dimenanginya.

Sukan Para Asia: Bonnie tepati ramalan raih emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh powerlifting negara kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori kegemarannya , 72 kg di temasya Sukan Para Asia Ke-4 Hangzhou, China 2022 .

Lebih manis bagi anak jati kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu yang turut berjaya mencipta rekod baharu kejohanan angkatan terbaik 230 kg dilakukannya pada percubaan ketiga.

Mengatasi rekod dicipta atlet Iran, Roohallah Rostami pada Sukan Para Asia 2018 Jakarta, Indonesia dengan 229kg.

“Tumpang gembira apabila mengetahui Bonnie berjaya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu kejohanan.

“Saya berharap keyaan diperolehnya akan mencetus semangat kepada rakan sepasukan yang bakal turun bertanding selepas ini,” ujar Gustin Jenang, bapa Bonnie kepada Arena Suara Sarawak.

Pingat perak kategori tersebut milik tuan rumah, Peng Hu (208kg) dan atlet dari Uzbekistan, Bekzod Jamilov memenangi pingat gangsa ( 204kg).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk