ARTIKEL

SUKAN SEA 2023: Nur Duratul, Akhtar Sahuqi raih pingat gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua jaguh sukan petanque negara kelahiran Sarawak telah meraih pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-32 2023 yang berlangsung di Kemboja baru-baru ini.

Nur Durratul Iffah Yazid, 21 dan Akhtar Sahuqi Aini Mohd. Dom, 16 menyatakan rasa puas hati dan berbangga beroleh pingat dan mengharumkan nama negara di temasya dwitahunan itu.

Apatah lagi ia merupakan penampilan sulung buat kedua-dua atlet terbabit di kejohanan berprestij rantau Asia Tenggara.

Nur Durratul Iffah anak jati kelahiran Kampung Santubong, Kuching meraih pingat gangsa kategori individu wanita manakala pingat gangsa Akhtar Sahuqi Aini diperolehi menerusi kategori bergu campuran tiga pemain (Mix Triple).

Menurut Nur Durratul Iffah, beliau berpuas hati walaupun sekadar memperoleh pingat gangsa. 

“Saya bermula cemerlang diawal saingan namun gagal meneruskan momentum pada perlawanan tersebut sekali gus terpaksa akur dengan pingat tersebut,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan Atlet Petanque Sarawak di Arena Petanque Sarawak, Kampung Santubong.

Manakala, Akhtar Sahuqi Aini juga turut berpuas hati dengan pencapaian peribadinya pada temasya tersebut.

“Memang tidak menjangka dapat mencetak nama selaku penyumbang pingat buat kem negara kerana persediaan cukup singkat sebelum turun beraksi di temasya tersebut. 

“Berkat usaha serta kerja keras dipamer sepanjang saingan, akhirnya saya berjaya memperoleh pingat gangsa,” jelas Akhtar.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU