ARTIKEL

PRESIDEN PMNS... Jumaat Ibrahim

SUKMA 2026: Atlet Muay Thai Sarawak kekal fokus buru emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim menegaskan, pengguguran beberapa kategori pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 tidak menjejaskan fokus atlet Muay Thai Sarawak.

Sebaliknya, Jumaat tetap yakin dengan kemampuan barisan atlet yang diberi kepercayaan beraksi pada temasya kali ini untuk terus mencetak nama sebagai penyumbang pingat.

“Beberapa kategori digugurkan pada SUKMA kali ini. Antaranya, waikru, maimuay serta melibatkan berat badan tertentu.

“Perubahan tersebut tidak mengganggu fokus kita, malah saya percaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi temasya dwitahunan negara itu kelak,” ujar Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, barisan atlet Muay Thai Sarawak sebelum ini berada di negara jiran, Thailand untuk memperkasakan persiapan diri masing-masing.

Tambah Jumaat, segala apa-apa yang diperoleh sepanjang mereka berada di Thailand akan diterjemah pada hari sebenar kejohanan kelak.

“Atlet menjalani latihan mengikut jadual ditetapkan.

“Ia turut terlibat dengan aksi atau perlawanan persahabatan menentang wakil kelab di sana.

Pengalaman yang diperoleh di sana diharap dapat diterjemah dengan sebaik mungkin,” menurut Jumaat.

Acara Muay Thai akan berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos nanti dan anak didik Ajan Putra turun dengan misi mahu meraih sekurang-kurangnya dengan dua pingat emas.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah