KUCHING: Kumpulan pertama atlet yang bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berlepas ke Selangor sebentar tadi.
Lebih 60 atlet yang turut diiring jurulatih dan pegawai berangkat menggunakan pesawat Air Borneo tepat pukul 1 tengah hari.
Hadir memberi kata-kata semangat kepada rombongan atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua kontinjen, Datuk Gerald Rentap Jabu.

“Keberangkatan atlet kita secara berperingkat,” ujar Abdul Karim pada sidang media ringkas.
Berangkat sama bersama-sama rombongan kontinjen terbabit ialah para wartawan pelbagai agensi yang akan membuat liputan sepanjang berlangsung temasya dwitahunan negara itu kelak.






