ARTIKEL

AMANAT… Kennedy Chukpai Ugon (tengah) menyampaikan amanat kepada para pemain.

SUKMA 2026: Pingat emas sasaran skuad kriket Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad kriket Sarawak berazam menukar pingat perak kepada emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Keazaman itu disuarakan oleh Penolong Ketua Kontinjen (ACDM), Kennedy Chukpai Ugon.

SIAP SEDIA… Para pemain merakam gambar bersama Kennedy Chukpai Ugon (tengah).

Beliau berkata persiapan pasukan berjalan lancar, dengan skuad dijadual melengkapkan fasa terakhir latihan menerusi beberapa perlawanan persahabatan di India sebelum temasya berlangsung.

“Sasaran kami ialah pingat emas. Pada SUKMA Sarawak 2024 yang lalu, kami tidak mencapai sasaran tetapi masih berjaya mara ke perlawanan akhir.

“Kali ini, saya dapat melihat semangat yang ditunjukkan oleh para pemain dan kami berharap dapat menukar warna pingat kami kepada emas,” katanya pada sidang media ringkas selepas meninjau persiapan latihan skuad berkenaan di Padang Kriket Borneo, Petra Jaya, semalam.

Kennedy berkata, skuad kali ini dibarisi beberapa pemain SUKMA 2024 di samping beberapa muka baharu yang diyakini mampu membentuk kombinasi mantap pada saingan sebenar nanti.

Beliau turut mengiktiraf peningkatan kemudahan infrastruktur kriket di Sarawak yang banyak membantu persiapan pasukan.

Katanya, Sarawak kini mempunyai padang kriket khusus yang membolehkan atlet mengasah bakat serta kemahiran dalam kemudahan yang dikhaskan untuk sukan tersebut.

Menyifatkan kemudahan itu sebagai antara yang terbaik di Borneo, Kennedy berkata transformasi pembangunan tersebut merupakan satu pencapaian penting bagi sukan kriket di Sarawak.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah