ARTIKEL

SUKSAR III: Saingan hari pertama berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Perjalanan hari pertama bagi temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 di Dewan Persatuan Melayu Melanau, di sini berjalan dengan lancar, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Beliau berkata, kejayaan ini adalah hasil daripada peranan yang dimainkan kesemua jawatankuasa teknikal yang telah dilantik.

“Kita berpuas hati dengan perjalanan hari pertama berlangsungnya SUKSAR III ini.

“Dan saya melihat semua ini ekoran peranan dimainkan jawatankuasa teknikal yang telah dilantik di semua venue pertandingan,” ujar Rentap yang ditemui ketika menyaksikan acara angkat berat di Dewan Persatuan Melayu Melanau, Sibu sebentar tadi.

Justeru katanya, peranan yang dimainkan oleh kesemua jawatankuasa teknikal tersebut boleh diguna pakai selepas ini terutama pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 kelak.

Terdahulu, beliau yang turut meluangkan masa mengunjungi beberapa venue pertandingan kagum dengan semangat juang dipamerkan oleh atlet mewakili kesemua empat zon terlibat.

“Temasya SUKSAR III merupakan medan terakhir kita memilih atlet untuk ke Sukma XXI 2024, saya kagum dengan semangat juang dipamekan oleh semua atlet kali ini,” ujar Rentap.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais