ARTIKEL

Sumbang mahram: Tertuduh mengaku tidak bersalah, dilanjutkan tahanan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga asing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya berusia 13 tahun sebanyak empat kali, diperintah tahanan lanjut di penjara Puncak Borneo.

Ketika liputan Suara Sarawak di Mahkamah Khas Kanak-Kanak, semalam tertuduh yang berusia 50 tahun diperintah ditahan lanjut setelah dinafikan jaminan terhadapnya kerana mangsa merupakan anak kandung tertuduh.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes bagi semua dakwaan dijalankan pada 6 April depan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan atas empat pertuduhan kerana melakukan sumbang mahram sejak mangsa berusia 12 tahun.

Tertuduh bakal berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara serta sebatan bagi setiap pertuduhan berkenaan jika sabit kesalahan.

Bagi keempat-empat dakwaan, tertuduh  melakukan sumbang mahram sejak  2012, 2014 dan dua kali pada 2019.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 kerana menyentuh bahagian sulit mangsa pada Mac 2020.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,