ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba pada persidangan DUN, hari ini.

Sumbangan Almarhum Taib Mahmud jadi sejarah terulung buat rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Segala sumbangan Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan sentiasa dikenang dan menjadi sejarah terulung buat semua rakyat Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Almarhum merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan melalui falsafah politik pembangunan yang ditekankan oleh Almarhum, keharmonian dan perpaduan kaum merupakan tunjang kepada pembangunan Sarawak.

Menurutnya Almarhum sentiasa menggalakkan kerjasama yang erat di antara pelbagai kaum di Sarawak dengan memperkenalkan konsep ‘Confluence of Rivers’ iaitu kesepaduan dalam kepelbagaian identiti ke arah membentuk perpaduan rakyat Sarawak.

“Demi mengukuhkan keharmonian dan kedaulatan, Almarhum sentiasa memastikan hak-hak Sarawak terpelihara bagi melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial rakyat Sarawak.

“Oleh itu, sama-samalah kita meneruskan usaha Almarhum untuk menjaga kedaulatan, perpaduan dan keharmonian yang telah dipupuk selama ini,” katanya ketika menyampaikan Usul Penghargaan kepada mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau menambah, Almarhum yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak keempat amat menitikberatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat Sarawak dengan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Selain itu, beliau berkata dengan adanya keharmonian dan kestabilan politik telah membolehkan pentadbiran Almarhum memberi tumpuan untuk menarik pelaburan asing bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan seterusnya menjana ekonomi Sarawak.

“Antara projek yang menjadi ‘game changer’ kepada pembangunan perindustrian ketika itu, adalah dengan pembinaan Zon Perindustrian Bebas Samajaya yang mengkhusus kepada industri elektrik dan elektronik,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata bagi merancakkan lagi ekonomi Sarawak seiring dengan keperluan global, Almarhum telah membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang mempromosikan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) sehingga menjadikan Sarawak kini merupakan salah satu pengeluar tenaga hidro terbesar di rantau ini dengan adanya empangan hidroelektrik Batang Ai, Bakun dan Murum.

Katanya Almarhum juga berazam agar rakyat Sarawak berpeluang memperolehi pendidikan tinggi dan percaya bahawa potensi yang dimiliki Sarawak bukan hanya pada sumber alamnya tetapi juga pada rakyatnya.

“Aspirasi itu telah dimanifestasikan melalui penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 1992, Universiti Curtin Malaysia di Miri pada 1999 dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada 2000,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Almarhum bagi menghubungkan kawasan bandar dengan luar bandar seperti pembinaan jalan raya utama, jalan pesisir pantai dan jalan luar bandar, termasuk jambatan yang menghubungkan komuniti dan merapatkan jurang pembangunan.

“Jalan yang dibina bukan sekadar laluan tetapi nadi yang mencetus dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi rakyat di seluruh pelosok Sarawak dan ia juga memacu pertumbuhan dan memberi nafas baru kepada kawasan yang terpinggir,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata bagi melaksanakan perancangan pembangunan dengan lebih bersasar, Almarhum telah mewujudkan agensi baharu seperti Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Sarawak Biodiversity Centre (SBC), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Manakala, katanya bagi memastikan pentadbiran dan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan lebih lancar, Almarhum telah menubuhkan beberapa bahagian baharu yang mempunyai jentera pentadbiran tersendiri bagi memastikan setiap bahagian berkembang bersama tanpa ada yang tertinggal.

“Almarhum menyedari bahawa pembangunan yang seimbang tidak dapat dicapai tanpa pemahaman mendalam tentang keperluan khusus setiap bahagian.

“Oleh itu, peranan dalam pentadbiran peringkat negeri, bahagian dan daerah turut diperkasakan sebagai ejen pembangunan bahagian bagi mencapai agenda tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU