ARTIKEL

Sungai negara maju bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM usaha menjadi sebuah negara maju, status kelestarian sungai yang berperanan penting sebagai sumber air bersih perlu dititikberatkan oleh semua pihak.

Berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965, sungai merujuk kepada mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau aliran air semula jadi, serta apa-apa cawangan sungai, alur, delta atau lencongan buatan daripadanya.

Khazanah alam semula jadi yang amat bernilai ini adalah unsur paling penting yang amat diperlukan dalam segenap aspek kehidupan manusia di samping berperanan besar melestarikan keharmonian alam sekitar.

Tidak setakat itu, dengan air, manusia dapat menjalani kehidupan seharian kerana sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya.

Di Malaysia, khususnya di Sarawak, kita amat beruntung kerana adanya agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelestarian alam sekitar seperti Lembaga Sungaisungai Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan lainlain agensi kerajaan.

Malah, Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) menggariskan tujuh teras utama bagi mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.

Salah satu daripada teras utama ini ialah Kerajaan Sarawak mahu memastikan kelestarian alam sekitar terjaga dan seimbang dengan pelaksanaan pelbagai program pembangunan yang perlu dilakukan untuk keperluan rakyat Sarawak. 

Oleh itu, pelaksanaan program restorasi landskap hutan yang menyumbang ke arah bekalan air bersih adalah selari dengan aspirasi untuk membangunkan ekonomi serta mengekalkan kelestarian alam sekitar dalam tempoh jangka panjang.

Walaupun bumi diliputi sebahagian besarnya air, namun hanya 2.5 peratus daripadanya air tawar dan hanya satu peratus adalah air tawar yang berada dalam bentuk yang mudah diperoleh.

Oleh sebab itu, sumber air ini amat perlu dijaga kebersihannya daripada tercemar.

Mengikut laporan Jabatan Peng-airan dan Saliran Malaysia, negara ini dianggarkan menerima purata hujan tahunan sekitar 3,000 mililiter (mm) atau 324 bilion meter padu yang melebihi tiga kali ganda daripada curahan purata global dunia.

Begitu juga Malaysia mempunyai lebih daripada 189 lembangan sungai yang menjadi sumber utama melengkapkan keperluan air bagi kehidupan seluruh penduduknya.

Bagaimanapun pernah suatu ketika, Malaysia dikejutkan dengan kekurangan air bersih akibat pencemaran air dan penggunaan air yang tidak terkawal.

Pada tahun 2020 misalnya, hanya 53 peratus lembangan sungai di Malaysia dikelaskan bersih, 42 peratus tercemar dan bakinya dikategorikan tercemar teruk.

Walaupun ekosistem air tawar mempunyai keupayaan semula jadi untuk menggantikan air yang tercemar, namun kadar pencemaran air semakin membimbangkan.

Malah, sungai yang tidak bersih sering menjadi polemik yang menyebabkan gangguan bekalan air.

Sehubungan itu, sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang membuang sisa buangan, bahan dan perkumuhan ke dalam sungai atau tepian laut menyebabkan pencemaran sumber air menjadi lebih parah.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi