ARTIKEL

Seorang pegawai polis menyiasat lokasi kejadian di mana seorang pelajar sekolah menengah dipukul di kepala dengan tukul oleh seorang lelaki di Fussa, barat Tokyo, pada 29 April 2026. (Kyodo)

Suspek Serang Dua Pelajar Lelaki, Sembur Polis Di Tokyo Diburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun masih bebas selepas didakwa memukul dua pelajar sekolah menengah dengan tukul dan menyembur bahan yang tidak diketahui ke arah beberapa anggota polis pada pagi Rabu, kata polis, lapor Kyodo News.

Kejadian berlaku kira-kira 7.20 pagi di sebuah jalan di Fussa, kawasan pinggir bandar di barat Tokyo, apabila lelaki itu, dipercayai berusia 40-an, mencederakan seorang pelajar lelaki pada muka dan seorang lagi pada bahu.

Menurut polis, dia menyerang kedua-duanya selepas ibunya memberi amaran kepada beberapa pelajar yang bercakap di jalan supaya diam namun mereka terus berada di situ.

Seorang saksi yang melihat kejadian di kawasan perumahan berhampiran Stesen JR Fussa membuat panggilan kecemasan, melaporkan seorang lelaki membawa tukul besi sedang menyerang seseorang.

Polis berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan semasa bercakap dengan ibu lelaki itu, anggota polis telah diugut lelaki tersebut dengan pisau yang dibawanya dari rumah sebelum dia menyembur mereka dengan bahan yang tidak diketahui, mencederakan tiga orang.

Yakin lelaki berkenaan mengurung diri di dalam rumahnya, polis menyerbu kediaman itu sekitar tengah hari tetapi hanya menemui tukul, pisau dan semburan.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia melarikan diri melalui pintu belakang selepas menyembur pegawai, sebelum polis memasuki kediaman itu.

Walaupun tiada kecederaan yang mengancam nyawa, polis sedang mengesan lelaki itu kerana disyaki cuba membunuh. – BERNAMA-KYODO

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan