ARTIKEL

S,wak terdepan sediakan kemudahan latihan pembangunan tenaga manusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu menyediakan institusi universiti, vokasional dan pusat latihan kemahiran khas untuk menjana kemahiran dalam teknologi baharu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya ia sebagai penggerak utama ke arah pembangunan sumber manusia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir sendiri.

“Kita perlu mempunyai tenaga mahir sendiri daripada golongan juruteknik dan jurutera supaya ada kelangsungan dalam pada negeri ini mengejar pembangunan berasaskan teknologi dan sumber tenaga baharu, khususnya hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Konvokesyen Ke-23 Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-Cats serta pengisytiharan i-Cats menjadi sebuah Kolej Universiti di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, sememangnya Sarawak agak ke hadapan dari segi membangunkan sumber tenaga manusia sendiri walaupun pendidikan dan kemahiran merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mac 2021

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual