Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

S’wak United II mara ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
LINCAH… Pemain Sarawak United FC II, Baraka Ushindi (merah) cuba melepasi pemain Real Chukai FC Azizan Ikhwan Abdul Aziz.- Foto RAMIDI SUBARI end

SKUAD Sarawak United FC II (SUFC II) melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA 2020 setelah mengalahkan Real Chukai FC 1-0 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Sarawak malam semalam.

Penyerang handalan, Azrizan Ahmad muncul wira SUFC II setelah menjaringkan gol tunggal pada minit ke-59.

Bagi ketua jurulatih SUFC II, Sam Timbe, kemenangan tersebut cukup bermakna.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Walaupun beraksi dalam keadaan hujan, namun para pemain menunjukkan kesungguhan dan menang.

“Banyak peluang terlepas begitu sahaja… kami sepatutnya menang dengan jaringan yang lebih besar,” kata Timbe.

Menurutnya, keadaan padang licin merencatkan peluang dan pergerakan mereka.

“Kami mahu meneruskan perjuangan ini dan kami mahu melangkah jauh dalam kejohanan tersebut,” ujar Timbe.

SUFC II kini menunggu undian pusingan kedua untuk aksi seterusnya. Ia melibatkan pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Ini bermakna, SUFC II akan kemungkinan bertemu Kuching FA atau Sarawak United FC.

Dalam aksi semalam SUFC II lebih banyak menguasai permainan dan mencipta peluang.

Baca lain  Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan Sea

Skuad pelawat pula beberapa kali cuba mengasak, namun gagal menembusi benteng kebal SUFC

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KL benam Pahang

JURULATIH Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak, berkata kemenangan 2-1

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru