ARTIKEL

KANADA mara ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan. -FOTO Reuters

Switzerland, Kanada Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia FIFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VANCOUVER: Ruben Vargas dan Johan Manzambi menghasilkan gol untuk memberikan Switzerland kemenangan 2-1 ke atas Kanada dalam Kumpulan B Piala Dunia FIFA pada Rabu ketika kedua-dua pasukan mara ke peringkat kalah mati, lapor Xinhua.

Manzambi, 20, yang dikerahkan dari bangku simpanan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 Switzerland ke atas Bosnia dan Herzegovina Khamis lepas, menguasai awal permainan menentang Kanada.

Dibantu Manzambi, Vargas memecah kebuntuan pada awal babak kedua, apabila rembatannya melepasi penjaga gol Kanada, terkena tiang dan melepasi garisan.

Pada minit ke-57, Breel Embolo membuat hantaran lintang untuk Manzambi, yang melakukan penyudah untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain pertahanan Switzerland Manuel Akanji memuji Manzambi selepas perlawanan. “Kita memerlukan pemain seperti ini yang kreatif, dia melihat perkara yang mungkin orang lain tidak nampak atau tidak mampu lakukan.”

Kanada kembali menjaringkan gol pada minit ke-76 apabila Jonathan David menyumbat gol dengan sentuhan pertamanya sejurus selepas masuk sebagai pemain gantian.

“Kami tidak memperoleh sekurang-kurangnya keputusan seri, ini bermakna kami perlu keluar dari sini (Kanada) untuk perlawanan seterusnya,” kata David.

“Kami agak kecewa tentang itu. Tetapi kami menjaringkan banyak gol dalam ketiga-tiga perlawanan, saya fikir kami telah menunjukkan tahap baharu bola sepak menyerang.”

Juga dalam Kumpulan B, Qatar menduduki tempat tercorot dan tersingkir selepas tewas 3-1 kepada Bosnia dan Herzegovina, yang menduduki tempat ketiga dengan empat mata dan masih mempunyai harapan untuk ke peringkat kalah mati.

Switzerland akan menentang salah satu pasukan terbaik tempat ketiga dari Kumpulan E, F, G, I atau J di Vancouver pada pusingan 32.

Kanada, yang memerlukan kemenangan atau seri untuk mendahului kumpulan dan kekal beraksi di tanah air, kini perlu bertandang ke Los Angeles untuk perlawanan seterusnya bagi menentang naib juara Kumpulan A.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi