ARTIKEL

FOTO INSTAGRAM | safiqkyle

Syafiq Kyle yakin kekuatan filem BAGA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Isu penyalahgunaan dadah mungkin menjadi latar utama sebuah cerita, namun kesan keputusan manusia, kesempitan hidup dan pengorbanan dalam percintaan merupakan mesej lebih besar yang ingin disampaikan menerusi filem Baga: Esok Untuk Siapa.

Pelakon dan penerbit, Syafiq Kyle berkata, penonton tidak seharusnya melihat filem arahan Ariff Zulkarnain itu hanya sebagai sebuah karya yang berkisar tentang penyalahgunaan dadah, sebaliknya perlu menyelami konflik kehidupan yang membentuk perjalanan setiap watak.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, kekuatan sesebuah filem bukan hanya terletak pada isu yang diketengahkan, tetapi juga pada cara pengarah mengolah cerita sehingga mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau menyifatkan Ariff sebagai seorang ‘penembak tepat’ kerana kebolehannya menghasilkan karya dengan mesej yang jelas dan bertepatan dengan isu yang ingin disampaikan.

“Dari luar, Baga mungkin kelihatan seperti filem mengenai dadah, tetapi sebenarnya filem ini berkisar tentang kesempitan hidup, keputusan yang dibuat seseorang dan tema utamanya ialah cinta.

“Bagi saya, Ariff sangat bijak membungkus cerita ini supaya penonton bukan sahaja tertarik dengan konflik yang dipaparkan, malah dapat memahami mesej di sebaliknya,” katanya ketika memetik sumber media nasional.

Mengulas lanjut, Syafiq berkata, isu seperti dadah, pembunuhan, rompakan dan rasuah sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri kerana ia mampu mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat.

Bagaimanapun, beliau percaya elemen berkenaan perlu disokong oleh penceritaan yang kukuh agar sesebuah karya tidak sekadar bergantung pada isu kontroversi untuk menarik perhatian penonton.

Malah, pelibatan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak peringkat awal turut menarik perhatian terhadap mesej yang ingin disampaikan menerusi filem berkenaan.

Pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu berharap penonton dapat membawa pulang perspektif berbeza selepas menyaksikan filem berkenaan, khususnya dalam memahami bagaimana keadaan hidup dan keputusan seseorang boleh mempengaruhi perjalanan masa depannya.

“Bagi saya, itulah objektif sesebuah filem. Tidak semestinya apabila kita menonton filem sedih, kita hanya memperoleh pengajaran yang menyedihkan.

“Kadangkala, filem sedih juga boleh memberikan sesuatu yang positif kerana kita dapat mengaitkannya dengan kehidupan sendiri,” katanya.

Filem tersebut menampilkan Amir Ahnaf dan Amirah Razak sebagai pelakon utama dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 November ini.

BERITA LAIN

HELLO KUCHING himpun penggiat seni

Penggemar muzik, seni dan aktiviti kreatif di bandar raya ini berpeluang menikmati pengalaman hujung minggu yang berbeza menerusi penganjuran acara HELLO KUCHING @ LEK pada

BERITA TERBARU

Bank darah Perancis mangsa serangan siber

PARIS: Sistem penyejukan bank darah Perancis menjadi sasaran serangan siber, serupa dengan serangan terhadap sistem penyejukan di seluruh Eropah awal minggu ini, menurut bank darah

Dua maut helikopter tentera terhempas

JAKARTA: Angka kematian meningkat kepada dua orang selepas sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas di perairan pulau Borneo ketika misi memadamkan kebakaran pada Rabu, menurut pihak