ARTIKEL

Syawal eratkan komuniti Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAJLIS ramah-tamah Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Komuniti IKRAM Kawasan Bintulu baru-baru ini berjaya menghimpunkan masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam suasana penuh kemeriahan, kasih sayang dan silaturahim.

Majlis yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu dianjurkan bersama oleh IKRAM Bintulu dan Yayasan Pusat Hidayah (HCF) Cawangan Bintulu.

Ia bukan sekadar sambutan hari raya, malah menjadi simbol perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat setempat.

Pelbagai agensi dan organisasi turut hadir, termasuk Urusetia Saudara Kita (USK) Cawangan Bintulu, Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Bintulu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Bintulu, Belia Sungai Kakus, Tokong Kuan Yin Tong, JCI serta Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng.

Penganjuran majlis ini membuka ruang perbincangan antara IKRAM dan HCF Bintulu bersama rakan strategik dan pihak berkepentingan untuk merangka kerjasama yang lebih mampan demi kesejahteraan komuniti.

Pertukaran idea dan pandangan turut dilakukan bagi melaksanakan programprogram pendidikan yang mampu memperkasa masyarakat Bintulu ke arah kehidupan yang lebih baik.

Majlis turut menyemai nilai toleransi dan kefahaman antara kaum, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti berbeza latar belakang.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan