KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah akan mengadakan majlis Kenduri Rakyat di Muar dan Kota Kinabalu hujung bulan ini.
Majlis di Muar dijadualkan pada 25 Oktober manakala di Kota Kinabalu pada 31 Oktober.

Syed Saddiq menjelaskan majlis itu bertujuan meraikan perkahwinan mereka bersama masyarakat setempat melalui tradisi rewang dan memasak beramai-ramai.
Puluhan ribu kilogram beras, santan dan barangan keperluan daripada penaja utama akan diagihkan kepada tetamu di kedua-dua lokasi.
Pasangan itu dijadualkan bernikah pada 10 Oktober di Menara 118 sebelum resepsi di MITEC pada 18 Oktober seperti dilapor Bernama.




