ARTIKEL

SELAMAT DATANG... Ramelan Jamer (tengah) bersama Mohamad Hairulasfa Hasbi (kiri) dan Razifardi Ibrahim selepas majlis mengalu-alukan kehadiran kedua-dua jurulatih baharu di Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA).

SYFA perkenal dua jurulatih baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) menerima kehadiran dua jurulatih baharu, Mohamad Hairulasfa Hasbi (AFC ‘C’ FAM) dan Razifardi Ibrahim (AFC ‘D’ FAM).

Kehadiran kedua-dua tenaga pengajar itu dijangka memperkukuh usaha akademi berkenaan dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat di peringkat akar umbi.

Setiausaha SYFA, Abdul Muhtalip Tegak berkata, kedua-dua jurulatih berkenaan mempunyai kredibiliti tersendiri dalam dunia bola sepak tempatan.

Justeru, pihaknya menaruh harapan tinggi agar kedua-dua mereka dapat mencurahkan ilmu dan pengalaman kepada pelatih SYFA.

“Kita amat mengalu-alukan kehadiran kedua-dua jurulatih ini ke akademi.

“Diharapkan mereka dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam membimbing pelatih di SYFA,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahnya, kedua-dua jurulatih berkenaan bukan asing dalam arena bola sepak tempatan.

Majlis ringkas bagi mengalu-alukan kehadiran kedua-dua jurulatih tersebut telah disempurnakan oleh Presiden SYFA, Ramelan Jamer.

Dalam ucapan ringkasnya, Ramelan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua jurulatih atas kesudian menyumbang khidmat kepada akademi berkenaan.

Menurut beliau, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki mereka diyakini mampu memperkukuh pembangunan bakat pelatih SYFA.

“Kita yakin pengalaman dan kepakaran yang dimiliki kedua-dua jurulatih ini dapat memperkasakan pembangunan bakat pelatih di SYFA,” katanya.

BERITA LAIN

ACL2: Phnom Penh Crown tiba malam ini

KUCHING: Pendahulu Kumpulan H, Phnom Penh Crown FC dijadual tiba di Kuching jam 8 malam ini bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam

BERITA TERBARU