ARTIKEL

Syif bomba Kelantan boleh dilanjut hingga 48 jam jika banjir besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BAHRU: JBPM Kelantan mempertimbangkan melanjutkan tempoh syif anggota sehingga 48 jam sekiranya banjir besar melanda pada Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, demi memperkukuh operasi menyelamat.

Pengarahnya, Farhan Sufyan Borhan, memaklumkan sistem syif 12 jam sedia ada boleh diubah kepada 24 jam atau 48 jam mengikut keperluan dan keadaan semasa bencana.

Selain itu, cuti anggota akan dikawal dan boleh dibekukan bagi memastikan tenaga kerja mencukupi apabila operasi memerlukan lebih ramai anggota digerakkan.

Beliau menegaskan bahawa pertambahan anggota sahaja tidak memadai tanpa sokongan aset yang sesuai, termasuk bot, lori dan kenderaan pacuan empat roda seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, JBPM Kelantan mengenal pasti lebih awal warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit terlantar di kawasan berisiko banjir menerusi penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan.

BERITA LAIN

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat. Beliau menyampaikan

BERITA TERBARU