ARTIKEL

Syifa Hadju milik El Rumi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEKA-TEKI mengenai hubungan cinta pasangan selebriti popular Indonesia, Syifa Hadju dan El Rumi, akhirnya terjawab apabila mereka secara rasmi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang cukup indah pada 26 April lalu.

Majlis yang penuh makna itu berlangsung secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta, Kuningan yang dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Detik bersejarah tersebut bermula sekitar jam 11.00 pagi apabila El Rumi, anak kedua kepada pemuzik tersohor Ahmad Dhani, melafazkan ijab kabul dengan sekali lafaz di hadapan petugas Pejabat Hal Ehwal Agama Kecamatan Setiabudi.

Suasana resepsi pada sebelah malamnya pula menjadi semakin meriah dan meninggalkan kesan mendalam apabila para tetamu dikejutkan dengan penampilan istimewa penyanyi legenda dari Amerika Syarikat, Brian McKnight.

Berdasarkan rakaman video yang tular, McKnight dilihat mendendangkan lagu-lagu popularnya di atas pentas yang terletak tidak jauh dari pasangan mempelai.

El dan Syifa yang kelihatan sangat bahagia turut dilihat berdansa mengikut alunan muzik romantis tersebut.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syifa Hadju meluahkan rasa kagum terhadap keseluruhan majlis tersebut, terutamanya rupa majlis akad nikah yang diimpikannya selama ini

. “Masih kagum dengan rupa majlis akad saya, sesungguhnya inilah yang saya impikan selama ini.

“Kebaya klasik, solekan abadi dan tradisi yang saya pegang begitu dekat di hati,” tulis Syifa dengan penuh emosi.

Syifa turut menzahirkan penghargaan kepada setiap penyedia perkhidmatan yang terlibat kerana berjaya merealisasikan impiannya menjadi satu kenyataan yang indah.

Tambahnya, beliau sangat bersyukur dengan setiap detik yang dilaluinya sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Sementara itu, El Rumi turut berkongsi rasa bahagianya menerusi tanda pagar #theLastforSYIFA dengan kapsyen ringkas, “Sedikit lagi momen suci kami”.

Penyatuan dua jiwa ini bukan sahaja mendapat restu keluarga, malah terus menjadi bualan hangat orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan majlis ini sebagai antara pernikahan selebriti paling ikonik tahun ini.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU