ARTIKEL

Syukur kami selamat kembali!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bersyukur dan dapat menarik nafas lega, itu perasaan yang dialami salah seorang warga Sarawak yang terkandas di Nigeria sebaik pesawat Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar jam 4.40 petang kelmarin.

Malcolm Goh Soon Chai 39, antara 16 warga Sarawak yang terkandas di Nigeria selama dua bulan tiga minggu selamat tiba di Kuching bersama-sama tiga yang lain.

Sambil membimbit dua beg berat – satu di tangannya dan satu di bahu, Malcolm melangkah keluar dari pintu masuk LTAK dengan wajah ceria dan tersenyum kepada wartawan yang menyambut kedatangannya.

“Syukur! Kami sudah jejak kaki di tanah air,” katanya dengan suara sedikit bergetar di sebalik pelitup muka sambil tangannya membetulkan beg yang disandangnya.

“Ya, saya gembira. Perasaan saya tidak dapat digambar dengan kata-kata, bercampur-baur, terlalu gembira,” katanya. Ceritanya, perjalanan pulang selama 24 jam melalui tiga penerbangan – dari Nigeria ke Dubai, sebelum ke Kuala Lumpur dan tiba di Kuching.

“Ketika mendarat di Kuala Lumpur semalam, berlaku ketidakpastian kerana kami berkemungkinan dikuarantin di sana.

“Setelah mengetahui bahawa saya akan dikuarantin di Kuching, ia amat melegakan sebelum saya dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya kepada New Sarawak Tribune.

Berkongsi perasaannya sebaik mengetahui akan dibawa pulang, kata Malcolm – wajah-wajah keluarganya terbayang-bayang di matanya dan mengakui terlalu merindui untuk memeluk ibu bapa, isteri dan anak-anaknya.

“Di sana, kami dijaga dengan baik cuma kekurangan pelitup muka dan sanitasi tangan.

Jadi, kami tidak dapat meninggalkan rumah sehingga waktu pulang ke tanah air.

“Syukurlah, majikan saya juga memberikan akses Internet kepada kami termasuk menyediakan tempat tinggal dan keperluan harian kami,” tambahnya lagi.

Malcolm menambah, dia datang ke Nigeria sebagai jurutera pada bulan Februari lalu.

“Walaupun saya menjangkakan pandemik Covid-19 akan terjadi pada masa itu tetapi tidak menyangka terkandas di negara asing dalam tempoh yang lama,”ujarnya.

Malcom juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan dengan keprihatinan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu memberi tempat berteduh kepadanya termasuk 35 lagi warga Malaysia yang turut terkandas.

Namun Malcolm turut memikirkan nasib rakan-rakannya yang masih terkandas di Nigeria yang menunggu masa untuk dibawa pulang.

“Doakan mereka dapat pulang dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Kapten APM Madihi Habib yang bertugas memantau penumpang yang pulang dari Kuala Lumpur memberitahu, kesemua 16 warga Sarawak selamat tiba dan perlu menjalani kuarantin sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing di Kuching, Sibu dan Miri.

“Hari ini ada dua penerbangan dari Kuala Lumpur yang membawa empat daripada mereka dan penerbangan terakhir tiba pada sekitar jam 4.40 petang,” ujarnya.

Madihi berkata, kesemua mereka turut menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan dikuarantin mengikut SOP yang ditetapkan.

Usai urusan di LTAK, Malcolm mengucapkan selamat tinggal kepada petugas media dan melangkah ke arah bas dengan wajah yang gembira. Sudah tentu dia tidak sabar memeluk isteri dan anak-anaknya.

Selamat kembali ke tanah air Malcolm dan rakan-rakan!

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan