ARTIKEL

Tabung Haji wujudkan 45 kumpulan WhatsApp mudahkan jemaah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tabung Haji membuka 45 kumpulan WhatsApp untuk fasa satu.

Objektif mewujudkan kumpulan WhatsApp itu untuk menyalurkan maklumat secara tepat dan cepat kepada jemaah di Tanah Suci.

Kumpulan itu bertambah apabila kesemua jemaah haji berjumlah 31,600 orang berada di haramain sebelum hari wukuf pada 9 Zulhijah bersamaan 27 Jun depan.

Jemaah boleh menyertai kumpulan media sosial itu dengan mengimbas kod QR yang diedarkan kepada mereka.

Pada sidang media, Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, sejumlah 14,000 jemaah haji Malaysia tiba sehingga 4 Jun dengan bakinya terbang terus ke Makkah.

Warga emas yang tidak mahir menggunakan aplikasi WhatsApp, boleh mendapatkan maklumat melalui rakan sebilik atau bertanya dengan petugas Tabung Haji di kaunter pertanyaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU