ARTIKEL

Tae kwon do Sarawak cipta kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Satu pencapaian yang cukup hebat. Itulah gambaran ringkas di sebalik pencapaian yang dipamerkan skuad tae kwan do Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Skuad berkenaan menamatkan saingan dengan meraih tujuh pingat keseluruhan, iaitu empat emas, satu perak dan dua gangsa.

Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan prestasi yang begitu memberangsangkan.

Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Azizul Annuar Adenan, menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian hebat yang dipamerkan oleh atlet Sarawak pada temasya kali ini.

Menurut Azizul, pencapaian yang dicatatkan kem taekwondo Sarawak kali ini memperlihatkan keupayaan luar biasa para atlet.

Katanya, kejayaan tersebut berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan, iaitu tiga pingat emas.

“Saya berasa amat bangga dengan pencapaian skuad tae kwan do Sarawak kali ini.

“Kita berjaya membawa pulang empat pingat emas, iaitu satu pingat lebih banyak daripada sasaran awal,” ujar Azizul kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azizul, pihaknya tidak menjangka barisan atlet mampu melepasi sasaran tersebut.

“Satu pingat emas tambahan berbanding sasaran awal merupakan bonus bagi kami.

“Semoga kecemerlangan kami ini dapat menjadi pencetus semangat kepada atlet lain yang akan bertanding selepas ini,” katanya.

Azizul mengakui program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihaknya selama ini serta persiapan rapi yang dilakukan oleh para atlet merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan skuad kali ini.

“Persiapan atlet bagi menghadapi temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dilakukan dengan begitu rapi.

“Atlet tae kwan do kita turut menjalani latihan intensif di Thailand.

“Bukan itu sahaja, mereka turut menyertai pelbagai kejohanan domestik serta kejohanan di Hong Kong sebelum ke Selangor,” tambah Azizul.

Azizul turut menyifatkan pendedahan yang diberikan kepada atlet terbabit sebagai sesuatu yang amat bermakna dan memberikan kesan positif terhadap prestasi mereka.

Menurutnya, pendekatan yang dilaksanakan oleh pihaknya membuahkan hasil apabila skuad tae kwan do Sarawak berjaya mencatat pencapaian cemerlang pada temasya kali ini.

Azizul berkata, pihaknya melihat kejayaan yang diperoleh pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026 sebagai penanda aras terbaik untuk merangka program yang lebih komprehensif bagi memastikan prestasi dan reputasi sedia ada dapat dikekalkan.

Dalam perkembangan sama, Azizul berkata, pihaknya akan melaksanakan pascanilai bagi mengenal pasti kelemahan sepanjang temasya dwitahunan negara itu berlangsung. 

“Kita akan melakukan pascanilai bagi mengenal pasti kelemahan yang ada.

“Ia penting sebagai penanda aras untuk memperkemas skuad bagi menghadapi pelbagai kejohanan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Azizul turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutama seluruh rakyat Sarawak yang sentiasa mendoakan kejayaan atlet tae kwan do pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

“Terima kasih kepada semua pihak, penyokong dan seluruh rakyat Sarawak yang sentiasa mendoakan perjuangan atlet sepanjang SUKMA XXII 2026 berlangsung,” jelas Azizul.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU