Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Demak Jaya, pagi tadi.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan itu, Datuk Sri Lee Kim Shin bertujuan memaklumkan dan menjemput Tun Taib untuk hadir ke Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI Peringkat Sarawak 2023 yang diadakan di Miri pada 4 dan 5 Jun 2023.
Kim Shin memaklumkan Majlis Kesyukuran diadakan di Masjid at-Taqwa pada 4 Jun, manakala Majlis Jamuan Teh di Pullman Miri Waterfront pada 5 Jun 2023.






