ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Taikun hartanah dipenjara seumur hidup terlibat penggubahan wang haram hampir AS$18 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Sebuah mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas taikun hartanah, Truong My Lan pada Khamis dalam perbicaraan kedua berkaitan dengan kes penipuan kewangan terbesar dalam sejarah negara itu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa memetik media tempatan.

Lan, pengerusi syarikat hartanah Van Thinh Phat berusia 67 tahun didapati bersalah melakukan penggubahan wang haram dengan nilai hampir AS$18 bilion, secara curang memperoleh harta bernilai AS$1.2 bilion, dan pemindahan wang antarabangsa secara haram sebanyak AS$4.5 bilion.

Dia sebelum ini telah dijatuhi hukuman mati pada April tahun ini dalam perbicaraan pertama atas tuduhan penyelewengan, melanggar peraturan perbankan dan rasuah.

Lan dituduh menjalankan penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian kepada sebuah bank milik negara sebanyak 677 trilion dong Vietnam (AS$27 bilion) — lebih daripada enam peratus daripada KDNK negara pada 2022.

Dia telah membuat rayuan terhadap hukuman mati itu, namun mahkamah belum menetapkan tarikh untuk pendengaran rayuan itu.

Antara tahun 2012 dan 2022, Lan secara tidak langsung memiliki 91.5 peratus kepentingan dalam Saigon Commercial Bank. Dia mengarahkan eksekutif bank berkenaan untuk meluluskan pinjaman kepada ribuan “shell company” (syarikat cengkerang), sebelum merasuah pegawai dan menyelewengkan dana itu dalam bentuk tunai.

Menurut laporan media tempatan, rakan sejenayah Lan meluluskan sekitar 2,500 pinjaman.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli