KUCHING: Taman rekreasi dekat Kampung Haji Baki yang berada dalam keadaan usang dan tidak terurus akan dinaik taraf selepas kerja pembesaran jalan dari Kota Sentosa ke Bau selesai, kata Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini sebagai maklum balas kepada gesaan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong yang menggesa MPP untuk mengambil tindakan segera membaik pulih kemudahan dan membersih persekitaran taman rekreasi tersebut.
“Saya telah dimaklumkan oleh pegawai landskap saya bahawa sebahagian daripada taman rekreasi itu dibangunkan di bawah projek pembesaran jalan.
“Kemudahan di taman rekreasi itu akan dinaik taraf apabila kerja pembesaran jalan itu siap,” katanya ringkas.
Berita lanjut dalam epaper STSS esok.






