ARTIKEL

Yakub ketika membahas RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini. | Foto: Tangkap layar

Tambah anggota MMKN jadikan Kabinet Sarawak lebih kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 akan memberi impak besar dalam memperkukuhkan jentera pentadbiran Kerajaan Sarawak melalui pelantikan tambahan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi berkata perkara tersebut penting kerana RUU itu bukan sekadar pelarasan teknikal tetapi satu penambahbaikan strategik untuk meningkatkan kapasiti tadbir urus Sarawak seiring perkembangan pesat negeri ini.

“Seperti yang dinyatakan dalam RUU tersebut, pelantikan tambahan itu bertujuan untuk memperkukuhkan jentera Kerajaan Sarawak.

“RUU ini ringkas, namun sangat besar impaknya. Ia mencadangkan pengukuhan jentera pentadbiran Kerajaan Sarawak dengan membenarkan pelantikan tambahan anggota MMKN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menjelas lanjut, tambahnya, Sarawak berhadapan pelbagai tanggungjawab yang semakin berkembang termasuk tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen, industri hijau dan pengurusan karbon, transformasi digital, pembangunan wilayah, keselamatan makanan dan pertanian moden, penaiktarafan pengangkutan dan utiliti, serta program kesejahteraan sosial.

“Justeru, RUU ini dengan jelas menyatakan bahawa pelantikan ini bertujuan memperkukuh kapasiti tadbir urus bagi memenuhi tanggungjawab yang semakin berkembang.

“Ia sekali gus seiring kemajuan negeri kita, struktur pentadbiran juga perlu berkembang,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, RUU berkenaan juga meminda Perkara 6(c) untuk memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Premier, melantik tidak lebih daripada empat anggota tambahan MMKN daripada kalangan ADUN.

Jelasnya, penting untuk ditegaskan bahawa RUU ini digubal berdasarkan Perkara 7, Senarai Negeri (Senarai II), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengesahkan MMKN adalah sebahagian daripada jentera Kerajaan Sarawak.

“Ini bermakna pindaan tersebut selaras sepenuhnya dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan MMKN tambahan ini juga akan meningkatkan kapasiti Kabinet menangani sektor kompleks dan baharu, memperbaiki penyelarasan dasar dan pelaksanaan, memastikan penyeliaan yang lebih baik terhadap inisiatif negeri, mempercepat pembangunan luar bandar dan wilayah, serta memudahkan perancangan strategik jangka panjang.

“Perkara itu bukan soal pengembangan politik. Ini mengenai keupayaan pentadbiran, kecekapan dan keberkesanan penyampaian. Kabinet yang lebih kukuh, bermakna Sarawak yang lebih kukuh — untuk Kuching, Miri, Kapit, Mukah, kawasan pedalaman dan termasuk Balingian,” jelasnya.

Beliau menegaskan di bawah kepimpinan Premier, Sarawak sedang melaksanakan agenda pembangunan hijau, inovatif dan berani — daripada hidrogen kepada kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui.

“Jadi, untuk merealisasikan aspirasi ini, kapasiti tadbir urus mesti seiring.

Pindaan ini menyediakan sokongan struktur yang diperlukan untuk memastikan Sarawak terus tangkas, bersedia menghadapi masa depan, dan kukuh dari segi pentadbiran,” ujarnya sekali gus menyatakan sokongan terhadap RUU tersebut.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan