ARTIKEL

UNTUK KENANGAN... Pemain merakam gambar beramai-ramai selepas pertandingan.

Tambirat A dan SYFA ungguli Karnival Futsal Piala Remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Karnival Futsal Piala Remaja B12 dan B16 Edisi 1/26 berlangsung di gelanggang futsal Pusat Sukan Stakan hujung minggu lalu.

Sambutan amat memberangsangkan apabila 20 pasukan bertanding dalam dua kategori, iaitu bawah 12 tahun (10 pasukan) dan bawah 16 tahun (10 pasukan).

Saingan berakhir dengan menyaksikan penguasaan pasukan pilihan.

JUARA BAWAH 16 TAHUN… Pasukan SYFA.

Pasukan Tambirat A muncul juara kategori bawah 12 tahun, manakala Tambirat B menjadi naib juara.

Sementara itu, pasukan Wak Sono FT dan SEJAYA B yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

Dalam kategori bawah 16 tahun, pasukan SYFA muncul juara.

Al-Affah sekadar berpuas hati sebagai naib juara, manakala pasukan Orcas FT dan TamanMU FT yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan