ARTIKEL

TANAH AIR DAN AIR MATA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ada cinta tanpa pekikan

namun memilih untuk bertahan

mengeluh dalam doa panjang

menunggu waktu lebih jujur.

Air mata bangsa ini

adalah bukti hati nurani

belum sepenuhnya mati

bangsa yang menangis

masih punya jati diri

tidak akan mengemis

menjaga tanah air

daripada sekadar menjadi

ruang ekonomi tiada jiwa.

Anak bangsa ini

sedang belajar mencintai

tanpa selalu memuja

kerana cinta yang matang

berani mengkritik

demi masa mendatang

yang lebih bermaruah.

Tanah air tidak sering dirayakan

dengan kibar ‘Jalur Gemilang’

kadangkala hadir

dalam air mata yang jatuh

saat keadilan telah gagal

menemukan jalan keluar.

Reruai Kreatif PUTERA

Miri, Sarawak

September 2026

BERITA LAIN

DENYUT HUTAN, JIWA YANG TERJAGA

Di sebalik selimut kabus pagimerayap di lerengpergunungantapak kaki sunyi menjejaktanah keramat leluhurberlapikkan humus lembapserta ranting usangdi sana nadi pribumi BumiKenyalangberdenyut dalam harmonisuci. Di bawah teduhan

MURKA PADUKA RAJA PAYUNG MAHKOTA

Setelah beberapa purnama menahan gusar mendendam rasa bersabar indah berbaik sangka Paduka Raja Payung Mahkota pun murka tidak terkira, akan tingkah sumbang dan olah sesumpah

BERITA TERBARU

Lelaki ditahan, telefon bimbit dirampas

KUCHING: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes mengaibkan kehormatan seseorang di Sekama, di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuching,