ARTIKEL

Yusuf melepaskan peserta Safari Memancing Kategori Pesisir Pantai di Tanjung Manis pada Sabtu.

Tanjung Manis bakal jadi hab utama eksport nanas Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Kawasan Tanjung Manis dijangka menjadi pusat utama pengeluaran dan eksport nanas Sarawak, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, kemajuan pesat dalam pembangunan infrastruktur di kawasan itu turut menjadi pemacu hasrat berkenaan yang bakal membawa prospek ekonomi besar dalam jangka panjang.

Katanya, pelbagai projek pembangunan sedang dan bakal dilaksanakan bagi memastikan Tanjung Manis bukan sahaja berdaya saing sebagai hab ekonomi, malah selesa serta sejahtera untuk didiami oleh generasi akan datang.

“Projek menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis dengan kos fasa pertama RM400 juta membolehkan pesawat bersaiz besar seperti ATR72 beroperasi. Ini memberi kemudahan pengangkutan udara serta melonjakkan sektor pelancongan dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Safari Memancing Kategori Pesisir Pantai sempena Safari Memancing Tanjung Manis edisi ke-18, di sini hari ini.

Tambahnya, siapnya projek Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi-Sibu, Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer pada Mei lalu juga memberi impak besar ke atas mobiliti, hubungan perdagangan serta kesejahteraan rakyat.

Yusuf menegaskan kerajaan sentiasa komited menarik pelaburan baharu, memperkukuh infrastruktur asas serta menyediakan kemudahan lengkap demi kesejahteraan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri

KMKK meseti pintar ngemansang Spaoh

SPAOH: Bala Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) dipinta ngena pemintar runding enggau berani nyerungkai peluang baru ngadu pemansang Spaoh nipak ubah dunya. Sapit