ARTIKEL

Tarikh Akhir Hantar Borang BE 2024 Makin Dekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengingatkan semua pembayar cukai individu bahawa tarikh akhir untuk penghantaran Borang BE Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing ialah pada 15 Mei 2025, iaitu hanya tinggal 9 hari lagi dari tarikh hari ini.

Dalam satu infografik rasmi yang disiarkan oleh LHDN, orang ramai diingatkan agar tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan sistem dan kelewatan penghantaran.
Pengisytiharan pendapatan melalui e-Filing boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi www.hasil.gov.my.

“Kami menyeru para pembayar cukai untuk mengambil tindakan segera dan menyempurnakan tanggungjawab percukaian mereka sebelum tarikh akhir,” menurut kenyataan Jabatan Khidmat Korporat LHDN.

Borang BE adalah khusus untuk individu yang mempunyai pendapatan selain perniagaan dan pemfailan tepat pada masanya adalah penting bagi mengelakkan penalti atau denda lewat hantar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau menerusi saluran rasmi media sosial LHDN:
• Facebook: HASILMalaysia
• Instagram & TikTok: @HASiL_Malaysia
• Twitter (X): @HASiL_Malaysia

Orang ramai juga disaran untuk menggunakan portal rasmi LHDN bagi mendapatkan panduan lengkap serta akses kepada sistem e-Filing.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan