ARTIKEL

Tawau

Tawau berjaga-jaga selepas gegaran kuat dirasai penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Bomba menerima dua laporan gegaran yang dirasai penduduk di Wisma Persekutuan dan Taman Tawau pagi ini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kerosakan dilaporkan susulan gegaran berkenaan.

Menurut Bernama, pemantauan turut dijalankan di kawasan pesisiran pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina.

Pihak bomba bersama Polis Marin berada dalam keadaan siap siaga dengan aset bot dan peralatan keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Tinjauan di sekitar pantai Tawau mendapati keadaan masih terkawal, manakala orang ramai tidak dibenarkan berada berhampiran kawasan pantai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU