ARTIKEL

Gambar Hiasan Foto; Harian Metro

Tekak perlu bersih, sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAKIT tekak merupakan gejala yang selalu dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa. 

Sakit tekak yang kerap dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa menyebabkan penurunan kualiti hidup selain menyebabkan kerapnya seseorang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selain menyebabkan ketidakhadiran seseorang ke tempat kerja atau sekolah.

Sakit tekak ini berlaku disebabkan keradangan di bahagian tonsil (tosillitis), farinks (pharyngitis), larinks (laryngitis), epilotis (epigolotitis) atau sekitar tonsil (contohnya seperti peritonsillitis, peritonsillar abscess). 

Keradangan di bahagian tekak ini boleh disebabkan jangkitan kuman, kecederaan disebabkan intubasi dan bendasing, iritasi asid, bahan kimia, habuk dan lendir dari hidung.  

Sakit tekak juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan pada bahagian tekak.

Sakit tekak yang teruk terutama dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan kesakitan ketika menelan dan seterusnya kurang pengambilan makanan dan air yang boleh membawa kepada dehidrasi.

 Oleh itu, punca sakit tekak perlu diketahui dan dirawat dengan betul

. Kebiasaannya sakit tekak disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada tonsil, farinks atau larinks. Jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan gejala sakit tekak.

Selain jangkitan yang disebut di atas, sakit tekak boleh disebabkan oleh alahan. 

Alahan hidung (rhinitis) merupakan salah satu faktor risiko berlakunya sakit tekak. 

Sesetengah pesakit yang mempunyai alahan hidung akan ada gejala post nasal drip’ iaitu lendir hidung turun ke tekak melalui belakang hidung.

 Ini akan menyebabkan keradangan pada tekak seseorang yang mempunyai alahan hidung. 

Penyakit refluks asid atau dikenali sebagai laryngopharyngeal reflux merupakan keadaan iaitu asid dari perut naik melalui esofagus ke tekak. Ini akan menyebabkan keradangan di bahagian tekak disebabkan iritasi daripada asid tersebut. 

Pesakit akan berasa gatal tekak, panas dan ketidakselesaan di tekak. 

Keradangan boleh berlaku di bahagian farinks, larinks dan tonsils. Sekiranya keradangan berlaku di bahagian larinks, pesakit akan mengalami perubahan suara.

Kerengsaan disebabkan oleh pencemaran udara, habuk (seperti habuk kayu) atau bahan kimia merupakan salah satu faktor penyebab sakit tekak. 

Udara yang tercemar atau bahan kimia yang tertentu boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan termasuk tekak. 

Oleh itu pemakaian alat penutup atau penapis mulut dan hidung penting dalam kalangan individu yang terdedah kepada bahan-bahan ini.

Kecederaan di bahagian tekak akibat intubasi atau bendasing seperti tulang ikan tersangkut di tonsil atau farinks merupakan penyebab sakit tekak.

Salah satu penyebab sakit tekak yang merbahaya adalah ketumbuhan di bahagian tekak. 

Tumor seperti kanser perlu diberi rawatan segara mengikut tahap dan bahagian tumor tersebut. Ketumbuhan boleh terjadi di tonsil, farinks dan larinks. 

Oleh itu, jagalah tekak kita dengan baik kerana tekak merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting.

Pastikan kita minum banyak air kosong supaya tekak sentiasa lembab dan bersih untuk kekal sihat.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi