ARTIKEL

Teknik hebat menulis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENULIS bukan perkara yang mudah kerana ia memerlukan bakat dan ketekunan tinggi untuk mahir dalam menulis.

Selain itu, teknik penulisan yang hebat dapat menjadikan artikel atau rencana mampu menarik perhatian pembaca.

Penulisan yang menarik juga menjadikan sesuatu artikel berkualiti tinggi kerana gaya penceritaan yang mudah difahami.

Di samping, penulis perlu memahami kehendak yang dimahukan oleh pembaca menjadikan artikel itu lebih menarik untuk dibaca.

Oleh itu, Pensyarah Kanan, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) Dr Zulkifli Khair berkongsi teknik dan gaya menulis.

Menurut Dr Zulkifli, sebanyak 85 peratus pembaca di negara ini lebih gemar membaca bahan berbentuk keagamaan dan kitab suci berbanding majalah, surat khabar dan komik.

“Kajian ini sekali gus menafikan persepsi rakyat Malaysia kurang gemar membaca,” katanya.

Tambah Dr Zulkifli, penulis perlu tahu meletakkan sasaran yang besar untuk menghasilkan karya besar.

Oleh itu, kita perlu faham bagaimana sasaran dan kehendak pembaca untuk menghasilkan karya penulisan yang menarik.

“Kebanyakan penulis menulis artikel dalam majalah tetapi ia bukan matlamat akhir melainkan dijilid untuk dijadikan buku,” jelasnya.

“Majalah sebenarnya amat penting pada suatu ketika dahulu kerana ia pernah menjadi medium dalam membentuk pemikiran masyarakat,” katanya.

Hasil kajian menunjukkan majalah sangat penting dalam dunia penulisan untuk menyebarkan idea dan pemikiran kepada masyarakat. Tambah Dr Zulkifli, penulisan berkaitan wanita lebih mendapat sambutan berbanding isu lain yang dikupaskan.

“Ini kerana penulisan berkaitan kewanitaan berkaitan dengan psikologi dan kita perlu memahami isu psikologi,” jelasnya.

Bagaimanapun, kita juga dapat menulis artikel menarik berkaitan isu semasa seperti isu Covid-19.

Penulisan Lebih Segar

“Penulisan berkait dengan isu dan trend semasa mampu menjadikan penulisan kita lebih segar,” jelasnya.

Menariknya, sesuatu penulisan juga dapat menjadi paling eksklusif dan cukup bernilai apabila kita mengadakan temu bual dengan pakar berkaitan dengan isu tersebut.

“Temu bual menjadikan penulisan kita sangat bernilai dan biasanya ia dipanggil penulisan penyiasatan dalam bidang kewartawanan,” katanya.

Tambah Dr Zulkifli, kita juga perlu pandai untuk mengolah ayat sehingga ia menjadi sangat menarik untuk dibaca.

Selain itu, penulis yang hebat tidak semestinya perlu mempunyai kelayakan akademik tetapi bagaimana cara untuk mengolah ayat dalam sesuatu penulisan.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU