ARTIKEL

Rolland bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan cek pampasan tanah berjumlah RM19 juta kepada 136 penduduk bagi projek pembinaan Jalan Ke Rumah Sang, Rantau Chirey, Ulu Entabai pada majlis itu, semalam. GAMBAR: UKAS

Teknologi Rawatan Air Moden Membran Berpotensi Percepat Bekalan Air Bersih Ke Pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Teknologi rawatan air moden menggunakan sistem membran berpotensi menjadi alternatif lebih cepat dan menjimatkan kos untuk membekalkan air bersih kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

ADUN Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin berkata, teknologi tersebut mampu mempercepat penyediaan bekalan air bersih dengan memproses air sungai sebelum disalurkan terus kepada penduduk.

Menurutnya, pendekatan itu lebih praktikal berbanding menunggu sambungan sistem grid bekalan air konvensional yang memerlukan kos tinggi serta tempoh pelaksanaan yang panjang.

“Teknologi ini antara yang dipamerkan semasa Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) yang berlangsung di Kuching baru-baru ini.

“Saya melihat teknologi ini mampu membantu penduduk rumah panjang menikmati bekalan air bersih dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Jalan Ke Rumah Sang, Rantau Chirey, Ulu Entabai, di sini, semalam.

Beliau menambah, penggunaan teknologi baharu tersebut boleh menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan memperluas liputan bekalan air bersih ke seluruh Sarawak termasuk Meluan.

Tegasnya, akses kepada bekalan air bersih yang berkualiti amat penting dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Rumah Oren sukar ditandingi

HEBAT dan sukar ditandingi. Demikian gambaran keunggulan kontinjen Rumah Oren apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026, baru-baru ini.

Jurang generasi

MINGGU lalu, pojok saya bertajuk Jangan Menekan-nekan turut merujuk kepada sedutan video ceramah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin, yang membincangkan generasi strawberi.