ARTIKEL

Foto BERNAMA

Teknousahawan berkembang pesat, peluang pekerjaan bertambah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata idea serta inisiatif Majlis TVET Negara dan Majlis Pembangunan Usahawan Kebangsaan akan diselaras bagi memastikan sektor teknousahawan berkembang pesat.

Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah itu berkata beliau sebagai Pengerusi kedua-dua majlis akan memastikan pengetahuan serta kemahiran keusahawanan digabung bagi memperbanyak inovasi yang mampu memimpin kemajuan ekonomi negara.

Beliau berkata jika Agenda TeknoUsahawan Negara berjaya, sudah pasti banyak peluang pekerjaan dihasilkan dan ia akan membina ekosistem yang bakal membuka lebih banyak nilai tambah buat rakyat Malaysia.

“Rangkaian usahawan TVET mesti saling bekerjasama untuk cipta sinergi dengan pihak industri dan institusi.

“Jaringan kerjasama yang rapat ini dapat menggalakkan usahawan berkongsi sumber, ilmu, kepakaran dan pengalaman seterusnya membuka pelbagai peluang untuk mencipta perniagaan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW 2023 di sini semalam.

Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan institusi, tenaga pengajar, pelajar dan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan berasaskan teknologi.

Ahmad Zahid juga berkata budaya teknousahawan perlu diperkasa kerana ekonomi berasaskan teknologi digital kini menjadi antara sektor strategik bernilai tinggi buat negara dan mampu merancakkan pelaburan serta menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat.

Beliau turut menyeru semua institusi TVET dalam negara supaya menyediakan ruang kepada tenaga pengajar bidang teknousahawan untuk mengikuti kursus serta program peningkatan kemahiran dan pemahiran semula yang bersesuaian bagi peningkatan kemahiran kendiri mereka.

“Saya juga mahu mencabar para pengajar untuk mereka sendiri menjadi teknousahawan. Mereka harus menjadi contoh kepada bakal teknousahawan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan