ARTIKEL

Telegram beri kerjasama, patuh undang-undang Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


Pihak Telegram menyatakan komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempengerusikan mesyuarat bersama wakil Telegram yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, semalam.


Pertemuan tersebut bagi berbincang isu jenayah dalam talian melalui Telegram dan sebagai permulaan baik kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram lebih selamat untuk digunakan
“Saya menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di Telegram.


“Saya dan PDRM turut menyampaikan pandangan tegas berhubung penting kerjasama pihak Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah