ARTIKEL

MENYELERAKAN... Isi buah durian diuli di dalam tumpi.

Teman ideal raja buah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAGI penggemar buahbauah tempatan, inilah masa yang di tunggutunggu memandangkan kini sudah tiba musimnya.

Merata-rata tempat di seluruh negeri ini, ada dijual pelbagai aneka buah-buahan tempatan terutama rajanya, iaitu durian.

Rambutan turut melambak, begitu juga cempedak, manggis termasuk dabai dan macammacam lagi buah-buahan tempatan turut dijual.

Harga? Jangan bimbang. Apabila tiba musimnya tiba, harga tolak dulu ke belakang.

Harga buah-buahan ini boleh turun serendah mungkin.

Durian misalnya, ada yang dijual RM2 sebiji, mungkin ada yang dijual RM1 sebiji.

Sudah terlalu murah. Berpesta orang makan durian.

Nak ditawar lagi?

Janganlah, sebab harga sudah cukup murah.

Cukuplah kita menikmati kepelbagaian buah-buahan kini dengan hati terbuka.

Itu sumber pendapatan penjual dan mereka yang berbakti kepada tanah.

Bayangkan bertahun-tahun mereka bekerja keras untuk hasil yang dituai hari ini.

Banyak masa, tenaga dan kos dilaburkan oleh mereka.

Maka, sambil membeli, kita letakkan diri ke dalam kasut mereka yang berbakti kepada tanah tadi. Kita akan faham kepayahan mereka.

Berbalik kepada lambakan buah-buahan ketika ini, masyarakat kampung lazimnya rajin mempelbagaikan makanan yang berasaskan buah-buahan.

Tempoyak Di Saribas misalnya, durian bukan sahaja di makan begitu sahaja.

Namun, ada juga penduduk yang membuat tempoyak.

Sedap dimakan begitu sahaja bersama cili dan ikan bilis.

Begitu juga sedap jika digoreng bersama cili, bawang serta udang kacil.

Ada juga dibuat pengat durian dan gula (jem) durian. Kiranya semua orang tahu makanan ini.

Selain itu, satu lagi yang popular ialah “lingkin” atau “enok” durian. Istimewanya enok durian, dibuat untuk dimakan untuk tempoh lama.

Cara pembuatannya agak mengambil masa kerana perlu disalai terlebih dahulu.

Saya berkongsi secara ringkas pembuatannya yang bermula dengan mengasingkan isi durian daripada biji.

Selepas diasingkan, ada pembuat yang mencencang (ada juga yang tidak, mengikut selera masing-masing). Selepas itu dimasak tanpa meletakkan apa-apa ramuan tambahan. Dimasak sehingga kehijauan (warna sedikit gelap).

Lalu diletakkan ke dalam daun nipah, dibungkus seperti pais.

Langkah terakhir, masakan durian di dalam pais tadi kemudiannya disalai menggunakan api sederhana untuk tempoh dua ke tiga hari.

Menariknya, enok durian ini tahan disimpan lama. Saya agak sukar menggambarkan rasanya, tetapi ia satu produk berasaskan durian yang popular di Saribas.

Enok durian

Selain durian, masyarakat juga membuat enok cempedak dan kaedahnya sama.

Saya percaya, masyarakat bandar jarang merasai makanan unik seperti ini.

Dan satu lagi yang sering dikaitkan dengan musim durian ialah sagu.

Dalam kalangan masyarakat tempatan disebut tumpi atau sagon. Setiap perkara lazimnya dilahirkan berpasangan ataupun memiliki gandingannya yang tersendiri.

Berada di penghujung 2024, bumi Sarawak dibanjiri dengan lambakan raja buah.

Percaya atau tidak, durian mempunyai pasangannya yang cukup ideal dan bagi masyarakat di kawasan Saribas khususnya, ‘tumpi’ atau sagu merupakan ‘teman sejati’ raja buah itu.

Ironinya, di mana rezeki si penjual durian, maka di situ jugalah rezeki si pengusaha pembuatan tumpi.

Namun yang selalu berlaku, pengusaha pembuatan tumpi lazimnya tewas ekoran permintaan yang cukup tinggi terutama pada musim buah durian.

Kepuasan makan

Terdapat juga individu-individu yang sanggup membuatnya sendiri tanpa mengharapkan tumpi yang siap tersedia dijual kerana tidak puas atas faktor kuantiti yang agak sedikit.

Bayangkan sekitar RM5 sebungkus hanya cukup dimakan oleh seorang individu.

Demi kepuasan di samping kos yang lebih rendah, ramai antara masyarakat di sini membuatnya sendiri untuk kegunaan keluarga masingmasing.

Tidak cukup dengan itu, bahan utama pembuatannya iaitu kelapa tua dan lemantak juga mungkin tidak mencukupi.

Tumpi sebenarnya makanan tradisional yang diperbuat daripada dua bahan asas iaitu kelapa tua dan lemantak.

Kelapa tua yang diparut akan digaul sekali bersama lemantak untuk dimasak di dalam kuali sehingga bertukar warna kekuning-kuningan dan kering sepenuhnya.

Pembuatannya cukup mudah tetapi memerlukan kesabaran kerana ia tidak boleh dimasak dengan menggunakan api yang besar dan harus sentiasa “disantuni” agar tidak melekat dan masakannya sebati.

Itulah tumpi dan durian, teman sejati yang paling ideal. Sangat sedap.

Jika ada yang belum pernah merasa makanan ini, bertanyalah kepada orang sekitar Saribas untuk mendapatkannya. 

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU