ARTIKEL

Tempat kediaman musnah, lima keluarga tinggal sehelai sepinggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lima keluarga membabitkan 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 2, Jalan Abang Yusof, MLNG Housing, Tanjung Kidurong, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.03 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan lima buah rumah berstruktur kekal telah terbakar 100 peratus.

“Pemadaman dilakukan dengan membentang dua aliran 400 kaki empat nozel sumber air dari pili bomba dan pam jentera Water Tanker sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Belau bagaimanapun berkata, usaha pemadaman berdepan kesukaran disebabkan masalah tekanan air dan kerosakan pili bomba berhampiran.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya 48 minit kemudian, manakala tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka pada jam 5.15 petang di Pusat Sukan Kidurong bagi menempatkan dua keluarga mangsa kebakaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU