ARTIKEL

Foto tular

Tengkorak dan tulang manusia ditemui dalam sawah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASIR PUTEH: Tengkorak dan tulang yang dipercayai milik manusia telah ditemukan di kawasan sawah Kampung Bukit Abal, Selinsing, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan tersebut pada jam 3:00 petang.

Bertindak atas maklumat yang diterima, beliau mengarahkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Balai Polis Selinsing untuk segera ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menjumpai sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menambah bahawa pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah hadir untuk menjalankan siasatan dan mencari saki-baki rangka bagi melengkapkan siasatan.

Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Selinsing, SM Suhaimi Abdullah, di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222 untuk membantu siasatan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan