Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa.
Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan adik beradik Mohammad dan Basil Ayman Al-Ghazawi serta Mohammad Walid Jalamna, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi.


