NEW DELHI: Pemain badminton Malaysia Teo Ee Yi terpaksa dihantar pulang kerana masalah visa, sebaik tiba di lapangan terbang New Delhi pada Isnin untuk menyertai Terbuka India yang bermula Selasa.
Menurut seorang pegawai Persatuan Badminton India (BAI) Teo tiba di New Delhi melalui Bangkok dengan penerbangan Thai Airways.
Beliau diarahkan pulang ke ibu negara Thailand selepas dinafikan kemasukan oleh pihak berkuasa imigresen India.
“Pemain itu melakukan perjalanan dengan menggunakan visa yang telah tamat tempoh pada 7 Jan. Beliau telah kembali ke Bangkok dan mungkin memohon visa baharu,” kata setiausaha agung BAI, Sanjay Mishra, kepada Bernama.
Bagaimanapun, dalam satu hantaran Instagram, pemain badminton berusia 30 tahun itu berkata beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan yang berlangsung pada 16 hingga 21 Jan.
Teo berkata beliau “melakukan kesilapan” dengan menggunakan pasport lama dalam permohonan visa secara dalam talian.
Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut ke lapangan terbang untuk memastikan jika pemain itu memerlukan sebarang bantuan.
“(Ini) kesilapan saya dan saya terpaksa menarik diri dari Terbuka India,” kata Teo di media sosial.
Jurulatih Rosman Razak dan gandingan Teo, Ong Yew Sin, sudah pun berada di New Delhi.
Pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kini menduduki ranking ke-12 dunia Pemain Malaysia lain yang dijadualkan bermain dalam kejohanan itu ialah Man Wei Chong, Tee Kai Wun, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ng Tze Yong, Lee Zii Jia, Goh Jin Wei, Vivian Hoo, Lim Chiew Sien, Pearly Tan dan M. Thinaah.
NEW DELHI, Jan 15 (Bernama) — Pemain badminton Malaysia Teo Ee Yi terpaksa dihantar pulang kerana masalah visa, sebaik tiba di lapangan terbang New Delhi pada Isnin untuk menyertai Terbuka India yang bermula Selasa.
Menurut seorang pegawai Persatuan Badminton India (BAI) Teo tiba di New Delhi melalui Bangkok dengan penerbangan Thai Airways.
Beliau diarahkan pulang ke ibu negara Thailand selepas dinafikan kemasukan oleh pihak berkuasa imigresen India.
“Pemain itu melakukan perjalanan dengan menggunakan visa yang telah tamat tempoh pada 7 Jan. Beliau telah kembali ke Bangkok dan mungkin memohon visa baharu,” kata setiausaha agung BAI, Sanjay Mishra, kepada Bernama.
Bagaimanapun, dalam satu hantaran Instagram, pemain badminton berusia 30 tahun itu berkata beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan yang berlangsung pada 16 hingga 21 Jan.
Teo berkata beliau “melakukan kesilapan” dengan menggunakan pasport lama dalam permohonan visa secara dalam talian.
Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut ke lapangan terbang untuk memastikan jika pemain itu memerlukan sebarang bantuan.
“(Ini) kesilapan saya dan saya terpaksa menarik diri dari Terbuka India,” kata Teo di media sosial.
Jurulatih Rosman Razak dan gandingan Teo, Ong Yew Sin, sudah pun berada di New Delhi.
Pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kini menduduki ranking ke-12 dunia
Pemain Malaysia lain yang dijadualkan bermain dalam kejohanan itu ialah Man Wei Chong, Tee Kai Wun, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Ng Tze Yong, Lee Zii Jia, Goh Jin Wei, Vivian Hoo, Lim Chiew Sien, Pearly Tan dan M. Thinaah.– BERNAMA



